More

    Kerajaan tubuhkan jawatankuasa khas untuk kenal pasti kawasan tiada internet

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tidak mempunyai liputan internet atau capaian internet yang lemah. Tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membantu para pelajar dan guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    KKMM mengambil inisiatif ini setelah mereka mendapat banyak maklum balas daripada para pelajar yang sukar mendapat capaian internet, sehingga ada yang terpaksa berjalan jauh bagi mencari internet dan meneruskan pembelajaran mereka. Jawatankuasa tersebut akan mengesan masalah ketiadaan internet di kawasan luar bandar, pedalaman, balai polis, kem tentera dan banyak lagi.

    Menurut Timbalan Menteri KKMM Datuk Zahidi Zainul Abidin, pihaknya akan meminta syarikat telekomunikasi untuk meluaskan liputan internet ke kawasan luar bandar untuk manfaat orang ramai. KKMM juga telah menyalurkan bantuan RM15 juta kepada Kementerian Pendidikan bagi membantu murid kurang berkemampuan untuk membeli gajet yang boleh digunakan untuk PdPR.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured