Syarikat kurier ternama DHL Express telah menandatangani perjanjian bersama Aerodyne Group di Malaysia untuk menilai penggunaan dron dalam sektor penghantaran barang. Kedua-dua syarikat telah mengenal pasti potensi inisiatif tersebut dalam penghantaran barang-barang perubatan di Sabah dan Sarawak serta penghantaran barang segera merentasi Selat Melaka.
Pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia pada tahun ini telah menimbulkan pelbagai cabaran buat sektor penghantaran barang, oleh itu penggunaan dron diharapkan boleh melaksanakan penghantaran automatik di kawasan pedalaman serta ke kapal di persada laut.

CEO Kamarul A Muhamad mengatakan kerjasama ini bakal menyediakan kepakaran penghantaran barang dengan dron ke dalam Malaysia, selari dengan kebangkitan teknologi itu di seluruh dunia. Julian Neo dari DHL pula mengatakan dron adalah teknologi seterusnya dalam industri logistik untuk kebaikan perniagaan tempatan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Digital News Asia







