More

    Kerjasama DNB dan Ericsson lancarkan Pusat Pengalaman ‘My5G Portal’ secara rasmi di Exchange 106, TRX

    Digital Nasional Berhad (DNB) telah melancarkan pusat pengalaman 5G yang terbesar di negara dengan kerjasama Ericsson bagi meningkatkan kesedaran dan memacu penerapan teknologi selular tanpa wayar generasi kelima. DNB ditubuhkan bagi memacu pelancaran rangkaian 5G di Malaysia.

    Pusat pengalaman ‘My5G Portal’ telah ditubuhkan oleh DNB dengan sokongan Ericsson bagi mewujudkan persekitaran interaktif dan imersif buat pelawat untuk mempelajari, mengalami, memahami impak teknologi 5G terhadap perusahaan dan pengguna.

    Sebagai rakan kongsi utama, Ericsson telah berkongsi pengalaman globalnya dalam menubuhkan, mereka bentuk dan mengendalikan pusat pengalaman tersebut yang kesemuanya akan menyumbang kepada penghasilan pengalaman pelanggan yang bermakna buat pelawat.

    Zon-zon utama ‘My5G Portal’ termasuk:

    • 5G untuk Malaysia yang memperkenalkan visi dan matlamat DNB serta pelbagai keupayaan rangkaian DNB
    • Kepimpinan 5G Ericsson yang memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan 5G hujung ke hujung Ericsson yang memperkasakan rangkaian 5G di Malaysia yang Bertaraf Dunia
    • Aplikasi Perusahaan dan Industri yang memfokuskan kepada peluang untuk perusahaan dan manfaat untuk komuniti
    • Aplikasi Pengguna dan Rumah yang termasuk kes kegunaan seperti media imersif, permainan awan, komunikasi rumah pintar, dan peranti 5G

    Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia adalah sekitar 70.2% dan disasarkan untuk mencapai 80% menjelang akhir tahun. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...