More

    Kerjasama Grab Malaysia dan MFD hasilkan ‘Scan To Order’, buka peluang kerjaya kepada golongan kurang pendengaran

    Grab Malaysia memperkenalkan ‘Scan To Order’ sekaligus meneruskan kerjasamanya dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi memacu peluang kerjaya dan pendapatan kepada komuniti pekak negara ini melalui teknologi.

    Usaha ini merupakan sebahagian dari fokus berterusan #TechUntukSemua iaitu penggunaan teknologi sebagai kuasa kebaikan dalam memperkasakan lebih ramai orang untuk mempunyai akses kepada peluang dari ekonomi digital tanpa mengira latar belakang.

    Pada tahun 2018, Grab telah memperkenalkan kempen ‘Break the Silence’, dengan kerjasama MFD di mana lebih dari 100 rakan pemandu kurang pendengaran telah diserap. Sehingga hari ini, lebih 1,000 OKU telah memperoleh pendapatan melalui Grab di Malaysia termasuklah pemandu, penghantar dan rakan niaga di atas platform.

    Ciri Scan To Order ini bertujuan membantu dengan menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelanggan makan di premis kedai tanpa sebarang sentuhan fizikal dalam membuat pesanan dan pembayaran bil. Semuanya menggunakan telefon pintar dengan 3 langkah mudah:

    1. Pelanggan imbas kod QR di meja menggunakan kamera telefon untuk melayari menu.
    2. Pelanggan membuat pesanan dan membayar melalui aplikasi Grab.
    3. Pesanan dihantar kepada peniaga menerusi aplikasi GrabMerchant supaya dapur mereka boleh mula sediakan hidangan.

    Bagi memperkasakan inisiatif ini, Grab akan bekerjasama dengan MFD untuk mengenalpasti dan melatih individu kekurangan pendengaran  bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sepatutnya agar mereka dapat menjadi sebahagian dari tenaga kerja. Mereka kemudian akan dipadankan dan diambil bekerja oleh rakan-peniaga Grab Signatures.

    Tambahan, Grab juga menugaskan jurulatih untuk membantu peniaga berkomunikasi dengan pekerja kekurangan pendengaran selama tiga bulan dan menyediakan kit suai tugas yang merangkumi buku panduan, pin untuk pekerja, kod QR dan pelekat tetingkap.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...