More

    Kerjasama Grab Malaysia, KLEAN, F&N dan MRANTI lancarkan Reverse Vending Machines (RVM) yang dikuasakan AI

    Grab Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat KLEAN, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) untuk melancarkan 18 Reverse Vending Machines (RVM) yang digerakkan oleh kecerdasan buatan (AI) di lokasi-lokasi strategik sekitar Lembah Klang.

    Kerjasama ini adalah sebahagian daripada projek perintis oleh Grab yang bertujuan untuk mendorong perubahan yang mampan, menggalakkan kitar semula dan menyokong komitmen Grab untuk mencapai sifar sisa pembungkusan di alam semula jadi menjelang tahun 2040.

    Projek perintis ini dijadualkan untuk berjalan selama enam bulan di mana setiap RVM yang beroperasi sepenuhnya bersedia untuk menerima bekas makanan plastik, tin aluminium dan botol Polyethylene terephthalate (PET) yang biasanya dikumpulkan untuk dikitar semula.

    Sisa plastik ini kemudiannya akan dikumpul oleh Asasrama Sdn Bhd sebuah syarikat pemproses yang beriktiraf untuk dikitar semula menjadi bahan mentah seperti palet/serpihan PP serta PET baharu dan akhirnya, dimanfaatkan semula dengan menjadikannya produk baharu seperti pakaian, tampalan perabot dan perabot/kotak plastik.

    Projek perintis ini merupakan lanjutan daripada usaha yang telah bermula sejak tahun 2019 untuk mengurangkan penggunaan plastik yang berjaya mengurangkan lebih daripada 23,800 tan sisa dengan 898 juta set alatan makan seberat 8,088 tan pada tahun 2022.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured