More

    Kerjasama Lenovo dan AMD diteruskan, lancarkan ThinkPad P15v dan ThinkPad P14s

    Pada acara SIGGRAPH 2022 di Vancouver, Lenovo mengumumkan penambahan dua komputer riba baharu dalam barisan produk stesen kerja berkuasa AMD yang diperluas bagi meneruskan pembangunan sistem inovatif.

    ThinkPad P15v dan ThinkPad P14s baharu menawarkan penyelesaian untuk memenuhi keperluan aliran kerja mereka yang sentiasa berkembang. ThinkPad P15v menutup jurang dalam harga dan prestasi antara stesen kerja peringkat permulaan dan kelas atasan yang hadir dengan AMD Ryzen PRO 6000 H-series, ciri keselamatan bersepadu, grafik NVIDIA dan paparan UHD 15.6 inci.

    ThinkPad P14s menampilkan cipset siri U AMD Ryzen PRO 6000 terkini dengan grafik bersepadu Radeon PRO. ThinkPad P14s membolehkan pengguna menjadi kreatif pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja kerana beratnya yang ringan dan mudah dibawa. Semua komputer riba ini telah diuji pada tahap tertinggi untuk melepasi piawaian MIL-SPEC1.

    Lenovo juga akan mempamerkan ThinkStation P620 yang mula-mula muncul pada tahun 2020 dan kekal sebagai satu-satunya desktop berkuasa AMD Ryzen Threadripper PRO. Digunakan oleh studio terkemuka DreamWorks Animation, ThinkStation P620 direka untuk menjadi stesen kerja yang paling serba boleh dalam pasaran.

    Ia termasuk sokongan sehingga dua kad grafik NVIDIA RTX A6000 atau empat RTX A4000, enam slot pengembangan PCIe Gen 4 dan casis 33L. Semua peranti ini diperakui ISV untuk memberikan ketenangan apabila menangani aliran kerja yang mencabar dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan Lenovo.

    Untuk melihat produk Lenovo seperti ThinkStation P620, ThinkStation P358, ThinkPad P15v, ThinkPad P14s dan ThinkPad P16s dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Lenovo. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured