More

    Kerjasama Lenovo dan FIFA bawa AI dan sistem pintar ke pentas Piala Dunia 2026

    FIFA mengumumkan kerjasama strategik dengan Lenovo sebagai Official Technology Partner bagi Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico serta menjadikan kejohanan paling berteknologi tinggi dalam sejarah bola sepak dunia.

    Melalui perjanjian dimeterai, Lenovo akan menyediakan keseluruhan infrastruktur teknologi termasuk komputer riba ThinkPad, peranti Motorola, pelayan, sistem storan dan penyelesaian pusat data berasaskan AI. Ia meliputi operasi teknikal di stadium, penyiaran, pusat media, sistem VAR dan pengurusan data masa nyata sepanjang kejohanan.

    Format baharu Piala Dunia 2026 yang menampilkan 104 perlawanan di 16 bandar memerlukan tahap kecekapan operasi jauh lebih besar berbanding edisi sebelumnya. FIFA menyifatkan Lenovo sebagai rakan utama yang mampu menyatukan pelbagai teknologi ke dalam satu ekosistem hujung-ke-hujung bagi memastikan prestasi dan kebolehpercayaan sistem berada di tahap tertinggi.

    Selain memperkukuh aspek teknikal, Lenovo juga akan memperkenal solusi AI untuk meningkatkan pengalaman penonton termasuk analisis statistik masa nyata, paparan data interaktif dan kawalan logistik pintar dalam stadium. Pasukan dan jurulatih turut akan dibekalkan tablet khas dengan data taktikal serta prestasi pemain secara langsung bagi membantu keputusan di padang.

    Kerjasama ini turut menandakan langkah penting dalam transformasi Lenovo daripada jenama pengeluar PC kepada penyedia teknologi menyeluruh global. Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komunikasi Lenovo, Jeff Schaffer menyifatkannya sebagai peluang untuk menjadikan bola sepak lebih mudah diakses, lebih bersambung dan lebih menarik untuk semua.

    FIFA dan Lenovo dijangka memperincikan pelaksanaan teknologi AI mereka pada acara Lenovo Tech World di Las Vegas pada Januari 2026 menjelang sepak mula rasmi Piala Dunia yang bakal berlangsung pada 11 Jun 2026. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured