More

    Kerjasama OPPO dan Hasselblad bakal hasilkan pengimejan NPU MariSilicon X

    OPPO mengumumkan kerjasama tiga tahun bersama Hasselblad iaitu pengeluar kamera legenda untuk membangunkan teknologi kamera peneraju industri dalam keluaran siri Find perdana OPPO. Mereka akan lebih fokus dalam sains warna untuk mencipta pengalaman fotografi mudah alih yang lebih baik pada kamera Hasselblad untuk mudah alih.

    Dengan kejayaan kerjasama OnePlus dan Hasselblad pada tahun lalu, OPPO memilih untuk bekerjasama dengan Hasselblad untuk pengalaman pengimejan mudah alih Hasselblad. Mereka lebih komited dalam membangunkan fotografi bertaraf dunia bersama Hasselblad untuk telefon pintar premium generasi akan datang dengan pengimejan pertama NPU MariSilicon X.

    OPPO dan Hasselblad juga akan bekerjasama untuk membangunkan lagi penyelesaian pengimejan termaju melalui kerjasama R&D untuk menyediakan warna yang lebih semula jadi dan pengalaman pengimejan yang halus. Dengan Penentukuran Warna Semulajadi dengan Hasselblad, OPPO juga menyasarkan untuk membawa ton kulit paling semula jadi dalam fotografi potretnya.

    Bermula dengan penambahbaikan perisian untuk penalaan warna semula jadi, kerjasama tiga tahun ini dapat meningkatkan penyelesaian penentukuran warna dan mewujudkan penanda aras baharu bagi prestasi warna kamera telefon pintar. Ini memberikan prestasi warna semula jadi yang konsisten untuk telefon mudah alih OPPO untuk merangkumi semua senario dan merentasi keseluruhan sistem kamera.

    OPPO | Hasselblad Camera for Mobile” akan mula diperkenalkan dalam generasi seterusnya siri andalan OPPO Find X pada penggal pertama 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...