More

    Kes COVID-19 Malaysia mungkin di tahap klimaks pada pertengahan April – WHO

    Terkini, sumber melaporkan bahawa World Health Organization (WHO) menjangkakan jumlah kes COVID-19 di Malaysia akan mencapai tahap kemuncaknya pada pertengahan bulan April. Tambahnya lagi, terdapat tanda-tanda pendataran lengkung (flattening curve) jangkitan virus tersebut.

    Maklumat ini diperoleh dari WHO Country Office melalui Ying-Ru Lo, representatif WHO Malaysia, Brunei dan Singapura. Berdasarkan maklumat atas, pendataran lengkung jangkitan COVID-19 mungkin membawa kepada penularan virus yang perlahan. Walaupun begitu, untuk memastikan pendataran lengkung penularan ini, kita harus mematuhi segala arahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Apa pun, kita mungkin perlu menunggu maklumat rasmi daripada KKM. Untuk mengetahui berita COVID-19 terkini, anda boleh mengikuti laman Twitter KKM yang sentiasa dikemas kini. Untuk sebarang makluman berita palsu, anda boleh mengunjungi laman web sebenarnya.my.

    Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured