More

    Kesatuan Eropah beri kelulusan akhir, wajibkan port USB-C pada peranti termasuk iPhone

    Kesatuan Eropah (EU) telah memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang yang akan memaksa syarikat teknologi seperti Apple untuk beralih kepada USB-C pada pelbagai peranti.

    Kesatuan EU memuktamadkan prosedur perundangan yang akan mewajibkan port USB-C termasuk iPhone dan AirPods pada akhir 2024. Arahan itu telah diterima secara rasmi dan ditetapkan untuk diterbitkan dalam jurnal rasmi Kesatuan EU. Ia akan berkuat kuasa 20 hari selepas penerbitan dan peraturan akan digunakan tepat 24 bulan selepas tarikh tersebut. 

    Produk yang mula dijual sebelum tarikh permohonan akan dikecualikan dan boleh terus dijual selepas itu. Pengecualian akan dikenakan untuk peranti kecil seperti jam tangan pintar, penjejak kesihatan dan beberapa peralatan sukan tetapi undang-undang itu dijangka berkembang ke peranti lain dari semasa ke semasa.

    Di samping itu, EU turut berusaha untuk memastikan bahawa penyelesaian pengecasan tanpa wayar boleh dikendalikan semasa teknologi berkembang dari semasa ke semasa. Arahan tersebut mungkin dibangunkan menjelang akhir tahun 2024. Perkara ini masih tidak jelas sama ada ini termasuk sistem pengecasan MagSafe Apple untuk ‌iPhone‌ dan AirPods kerana ia berdasarkan standard pengecasan wayarles Qi.

    Usaha EU diteruskan tahun lepas setelah gagal dikemukakan pada tahun 2018. Pada bulan April tahun ini, Jawatankuasa Pasaran Dalaman dan Perlindungan Pengguna EU membuat undian dengan 43 undi menyokong dan hanya dua yang menentang arahan itu. Pada bulan Jun, Jawatankuasa yang sama memperkenalkan arahan itu kepada Parlimen Eropah yang kemudiannya mendapat sokongan yang tinggi.

    Kedua-dua penganalisis Apple Ming-Chi Kuo dan Mark Gurman dari Bloomberg percaya Apple sedang menguji versi ‌iPhone‌ yang mempunyai port USB-C dan bukannya Lightning. Kuo percaya bahawa Apple boleh menukar ‌iPhone‌ kepada USB-C bermula dengan iPhone 15 pada tahun 2023 sebelum mengalihkan perkara yang sama pada AirPods dan aksesori lain.

    Minggu lepas, Apple melancarkan Siri Remote baharu untuk Apple TV dan iPad generasi ke-10, yang kedua-duanya digantikan kepada kepada USB-C. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured