More

    KESUMA, HUAWEI bakal tubuhkan institusi TVET bertaraf dunia di seluruh Malaysia

    Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat teknologi global, HUAWEI, bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran ekonomi abad ke-21.

    Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, antara inisiatif utama kerjasama ini adalah penubuhan Pusat Pembelajaran HUAWEI (HUAWEI Learning Centre) yang akan menawarkan kursus berkaitan teknologi terkini seperti 5G, kecerdasan buatan (AI) dan telekomunikasi.

    Selain itu, satu lagi langkah penting dalam kerjasama ini adalah penggunaan teknologi canggih untuk mewujudkan Kampus Pintar (Smart Campus) di seluruh negara. KESUMA akan memanfaatkan rangkaian 5G dan teknologi Wi-Fi 7 terkini untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Seterusnya, aspek penting lain adalah penubuhan Institut Huawei yang akan bekerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah KESUMA. Ini selaras dengan pengumuman Program Anak Angkat ILKA dalam Belanjawan 2025 yang bertujuan meningkatkan taraf latihan kemahiran teknikal di Malaysia.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut memaklumkan bahawa Huawei juga telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan akses teknologi di kawasan pedalaman Malaysia. Huawei kini menyediakan rangkaian mudah alih dan pusat operasi pintar di Sarawak untuk memperluas liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman.

    Ini sekali gus mempercepatkan transformasi digital dan kerjasama ini dicapai melalui perbincangan antara delegasi Anwar serta Pusat Taklimat Eksekutif Huawei semasa lawatan kerjanya ke syarikat tersebut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured