More

    Ketahui jika anda dekat dengan kontak COVID-19 melalui aplikasi Gerak Malaysia

    Jika sebelum ini kita sudah melihat pelbagai organisasi untuk membantu membekalkan statistik dan maklumat terkini mengenai COVID-19, kini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan syarikat telco di Malaysia mengambil langkah baharu. Sebuah aplikasi untuk mengesan kontak COVID-19 telah dibangunkan dan sedang diuji.

    Aplikasi Gerak Malaysia (versi beta) yang dibangunkan ini adalah berdasarkan model pengesanan kontak yang sama seperti yang telah wujud di China dan Korea Selatan. Untuk mendaftar, terdapat beberapa maklumat yang perlu diisi. Anda akan mendapat TAC untuk keselamatan akaun aplikasi anda. Jangan lupa untuk membenarkan akses GPS melalui aplikasi kerana aplikasi ini berfungsi melalui pengesanan lokasi.

    Apa yang menariknya, aplikasi ini turut mempunyai kod QR. Kod ini bakal digunakan di hospital untuk kemudahan petugas barisan hadapan memeriksa anda berdasarkan kategori. Bagaimana? kod QR akan menandakan anda pernah ke kawasan kontak positif COVID-19. Bukan itu sahaja, jika anda tidak bergejala, pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalanraya boleh melihat sama ada anda bergerak dalam sekitar 10km daripada kawasan anda atau lebih.

    Keberkesanan aplikasi ini bergantung kepada kerjasama penggunaan daripada seluruh rakyat Malaysia. Risau tentang privasi data diceroboh? Usah khuatir kerana maklumat yang diberi hanya sah digunakan semasa PKP (sistem akan dinyahaktif selepas krisis penularan tamat) dan dilarang untuk penggunaan komersial. Baca terma penggunaan disini.

    Ingin mencuba? Anda boleh memuat turunnya di Apple AppStore atau Google Play Store. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: malaymail

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured