More

    Keychron Q11 dilancar, papan kekunci mekanikal “split” berharga ~RM520

    Keychron telah memperkenalkan papan kekunci mekanikal tersuai Q11. Q11 ialah papan kekunci mekanikal split unik dua dalam satu. Sudut peletakan dan jarak papan kekunci boleh diubah membolehkan papan kekunci mempunyai kebebasan peletakan yang lebih besar serta pengguna boleh membuat pelarasan dengan mudah.

    Pasaran papan kekunci mekanikal menyaksikan beberapa inovasi daripada segi reka bentuk dan penyesuaian. Reka bentuk split tersuai Q11 membantu meminimumkan keletihan pada bahu dan lengan. Papan kekunci dibuat daripada CNC aluminium dan mempunyai tombol berkembar.

    Ia menyokong perubahan kunci sumber terbuka dan serasi dengan kedua-dua sistem Windows dan MacOS. Badan suis papan kekunci ialah suis Jiadalong G Pro dengan pilihan warna merah, coklat dan hijau. Suis juga menyokong hot swapping. Papan kekunci mekanikal tersuai Keychron Q11 dijual di China pada harga 799 yuan (~RM520).

    Papan kekunci ialah peranti berwayar dan tidak menyokong sambungan Bluetooth atau Wi-Fi. Buat masa ini, tiada butiran lagi sama ada produk itu akan tersedia di pasaran tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured