More

    KFC lancarkan KFConsole: PC “gaming” yang boleh hangatkan ayam goreng dan makanan

    Sebelum ini, KFC telah berjenaka bahawa mereka akan menghasilkan konsol gaming bernama KFConsole yang kononnya boleh memanaskan ayam. Kini, nampaknya KFC memang akan menghasilkan sebuah peranti gaming yang menyerupai bentuk bucket KFC yang sangat popular.

    KFConsole bukanlah konsol seperti PlayStation atau Xbox, ia sebenarnya adalah komputer gaming yang mempunyai rangka (casing) berbentuk bucket KFC. Syarikat makanan segera itu telah bekerjasama dengan syarikat komputer Cooler Master untuk menghasilkan komputer tersebut.

    Namun KFConsole bukanlah sekadar komputer gaming sahaja. Selari dengan reputasinya yang terkenal dengan ayam goreng, KFConsole turut mempunyai ruang khas bernama Chicken Chamber di mana pengguna boleh meletakkan ayam untuk menghangatkannya.

    Daripada segi spesifikasi, KFConsole akan dilengkapi cipset Intel NUC 9, GPU kecil yang dibuat oleh ASUS dan storan SSD Seagate BarraCuda 1TB. KFC masih belum menyenaraikan spesifikasi penuh namun laman webnya mengatakan KFConsole bakal menyokong game VR, teknologi tekapan cahaya (ray tracing), kadar bingkai sehingga 240fps dan kadar segar semula 240Hz untuk monitor dan TV 4K.

    KFC juga masih belum menyenaraikan harga untuk komputer unik ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer ayam goreng ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Cooler Master KFConsole

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured