More

    Khabar angin ZTE Axon 10s Pro yang menyokong rangkaian 5G

    ZTE bakal mengeluarkan telefon pintar yang menyokong 5G pada tahun ini, ZTE Axon 10s Pro 5G. Menurut sumber, walaupun tarikh pelancaran masih belum diumumkan, TENAA telah memberi khabar angin ciri teknologi telefon pintar daripada ZTE ini.

    Telefon pintar ini dikatakan memiliki bateri 3900 mAh, sensor cap jari dalam skrin (in-display fingerprint) dan paparan FHD + OLED. Dengan penguasaan oleh cipset Snapdragon 865 yang berprestasi tinggi dan kemungkinan menyokong 5G, peranti ini mungkin akan mendapat tempat sebaris dengan peranti 5G terkenal yang lain.

    TENAA juga menyatakan khabar angin tentang tetapan kamera yang mungkin bakal hadir dengan lensa utama 48MP, lensa ultra-lebar 20MP dan lensa telefoto 8MP. Walau bagaimanapun, tiada khabar angin dan gambar yang menyatakan sama ada paparan hadapan mempunyai takuk, skrin berlubang dan sebagainya. Anda boleh klik capaian ini untuk kemas kini spesifikasi ZTE Axon 10s Pro 5G.

    Sumber: TENAA melalui Android Authority

    Apakah harapan anda untuk telefon pintar keluaran tahun 2020? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

    Sumber: Android Authority | TENAA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured