More

    Khabib Nurmagomedov bakal buka gim latihan bertaraf dunia di Johor

    Bekas Juara Lightweight UFC, Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov, bakal membuka gim latihan bertaraf dunia di Johor, menurut pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam. Pengumuman itu dibuat selepas pertemuan Onn Hafiz bersama Khabib di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, semasa lawatan delegasi kerajaan negeri.

    Semasa sesi pertemuan antara Khabib Nurmagomedov dan Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail, pada awal Oktober lalu, mereka telah membincangkan mengenai program pembangunan belia serta cadangan untuk membuka sebuah gim latihan di Johor.

    Pada hari ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Khabib bagi merealisasikan pembukaan gim tersebut di negeri itu.

    Beliau berharap kerjasama ini akan memajukan pembangunan sukan di Johor, selain membuka lebih banyak kemudahan bertaraf antarabangsa. Kemudahan gim latihan di Abu Dhabi merangkumi octagon MMA, ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, tinju dan gusti serta kemudahan pemulihan seperti sauna dan kolam renang.

    Khabib mengatakan bahawa gim seperti ini akan membantu golongan belia dan atlet mencapai prestasi terbaik melalui kemudahan latihan yang komprehensif. Khabib, 36, merupakan ikon seni mempertahankan diri campuran (MMA) yang tidak pernah kalah dengan rekod 29 kemenangan. Beliau memegang gelaran Juara Lightweight UFC dari 2018 hingga 2021 sebelum bersara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...