More

    Khairy: Tunggu beberapa minggu lagi sebelum hentikan imbasan MySejahtera sewaktu masuk premis

    Baru-baru ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan bahawa penggunaan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR apabila rakyat ingin memasuki sebuah premis, tidak lagi diperlukan. Ini adalah kerana pengesanan kontak tidak boleh lagi digunakan berikutan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi dalam masyarakat.

    Membalas kenyataan tersebut, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan melakukan penilaian corak jangkitan COVID-19 terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan penghentian aplikasi MySejahtera.

    Penilaian ini akan dibuat selepas kelonggaran aktiviti dibenarkan dan sempadan negara dibuka bermula 1 April 2022. Beliau berkata penilaian ini akan meneliti corak jangkitan di kalangan masyarakat dalam tempoh beberapa minggu.

    Jika tiada perubahan ketara dicatatkan, penggunaan aplikasi MySejahtera mungkin akan dihentikan.

    Dalam pada itu, Khairy turut memberi jaminan bahawa data pengguna MySejahtera dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disimpan dalam server kerajaan. Pihak swasta hanya mengendalikan perisian dan platform itu sendiri.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FMT

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured