More

    Kingston lancarkan pemacu USB yang boleh dihubungkan melalui port USB-A dan USB-C bermula RM28

    Kingston Technology hari ini mengumumkan DataTraveler Duo, pemacu USB unik yang dilengkapi dua penghubung terdiri daripada penghubung USB Type-A dan USB Type-C. Pemacu tersebut bukan sahaja boleh dihubungkan kepada komputer, malah boleh dihubungkan dengan peranti Android.

    Produk ini terdiri daripada dua varian utama, iaitu DataTraveler microDuo 3C yang mempunyai kelajuan pembacaan fail sehingga 100MB/s, dan DataTraveler microDuo 3.0 G2 yang dilengkapi penghubung micro-USB dan USB-A yang boleh dihubungkan dengan peranti Android yang menyokong USB On-The-Go.

    DataTraveler Duo terdapat dalam dua varian memori iaitu 32GB (RM28) dan 64GB (RM39). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki pemacu USB unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured