More

    Kini giliran Xiaomi pula disenarai hitam oleh Amerika, termasuk 8 syarikat lain!

    [Dikemas kini: 18 Januari 2021] Xiaomi kini telah memberi maklum balas berkenaan isu ini. Semak maklum balas dari Xiaomi seperti berikut.

    “Xiaomi Corp. (pihak syarikat) telah mematuhi undang-undang dan beroperasi sesuai dengan undang-undang dan peraturan perundangan yang relevan di mana ia menjalankan perniagaannya. Syarikat menegaskan bahawa ia menyediakan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan awam dan komersial. Syarikat mengesahkan bahawa ia tidak dimiliki, dikendalikan atau berafiliasi dengan tentera China, dan bukan “Syarikat Tentera Cina Komunis” yang ditentukan di bawah NDAA. Syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi kepentingan Syarikat dan pemegang sahamnya.

    Syarikat sedang mengkaji potensi kesan untuk mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesannya terhadap pihak syarikat. Syarikat akan membuat pengumuman lebih lanjut apabila sesuai.”

    Menurut Xiaomi, pihaknya sedang Terbaru, pentadbiran Trump telah memasukkan 9 syarikat yang berkaitan dengan ketenteraan negara China ke dalam senarai hitam, termasuklah pengeluar telefon pintar ke 3 terbesar di dunia, Xiaomi.

    Akibat dari kemasukan 9 syarikat dalam senarai hitam ini, pelabur Amerika Syarikat tidak lagi dibenarkan untuk melabur ke syarikat tersebut. Mereka dilarang untuk membeli saham syarikat dan perlu untuk mengubah pegangan saham mereka sebelum 11 Nov 2021.

    Malangnya, pentadbiran Trump tidak memberi sebarang penjelasan dan bukti kaitan Xiaomi dan syarikat lain dengan ketenteraan negara China. Kemasukan Xiaomi dalam senarai hitam ini agak mengejutkan kerana Xiaomi adalah syarikat telefon pintar dan elektronik yang penting dalam dunia teknologi masa ini.

    Telefon andalan terbaru Xiaomi Mi 11

    Perlu diingatkan, senarai hitam ini adalah berbeza dengan senarai entiti Amerika Syarikat. Jadi, bukan seperti HUAWEI dan DJI, Xiaomi masih lagi boleh menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat tanpa sebarang lesen.

    Buat masa ini, kerajaan Amerika Syarikat telah menyenarai hitam lebih dari 60 syarikat negara China termasuk HUAWEI, SMIC, dan DJI.

    "
    "

    Keputusan senarai hitam ini mungkin boleh berubah tidak lama lagi kerana pentadbiran Biden akan mengambil alih bermula 20 Januari ini.

    Adakah nasib Xiaomi akan menjadi seperti HUAWEI? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured