fbpx
More

    Kini lebih mudah untuk jadi “vlogger” dengan kamera Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G!

    Pada waktu ini, semakin ramai orang berminat untuk menjadi vlogger atau pencipta kandungan video dalam platform media sosial, malah ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Jika anda berminat untuk merakam semua detik kehidupan anda, anda perlukan kamera yang boleh merakam video cantik dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

    Di sinilah siri telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G boleh membantu anda merakam vlog yang menarik dengan mudah. Ia bukan sahaja menawarkan fungsi seperti dalam telefon yang lebih mahal, malah mempunyai kamera serba boleh untuk merakam dalam pelbagai situasi. Berikut adalah tiga sebab bagaimana kamera Samsung Galaxy A boleh bantu anda jadi vlogger popular:

    Penstabilan kukuh supaya video nampak sentiasa stabil

    Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G mempunyai teknologi penstabilan imej optikal (OIS) yang boleh menstabilkan kameranya sewaktu anda memegang telefon untuk mengabil gambar atau merakam video. Dengan teknologi ini, anda boleh merakam vlog sambil berjalan dan videonya akan masih nampak stabil.

    Penstabilan OIS ini adalah lebih kukuh daripada penstabilan imej elektronik (EIS) yang dilengkapi dalam telefon-telefon lain.

    Selain itu, kamera telefon Samsung ini juga mempunyai teknologi auto-fokus super phase detect yang boleh memastikan muka anda akan kekal jelas dalam video sewaktu merakam vlog. Jadi anda tidak perlu risau jika kamera ini akan fokus pada objek lain kerana ia akan memastikan anda terus ditumpukan dalam vlog.

    RAM tinggi untuk suntingan video yang lebih pantas

    Vloggers kini perlu mahir menyunting video-video mereka dalam telefon dan ia boleh dimuat terus ke platform media sosial. Suntingan video sukar dilakukan dalam telefon kerana ia memerlukan jumlah RAM yang tinggi, namun masalah ini tidak muncul dalam Galaxy A.

    Ini adalah kerana Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G mempunyai fungsi RAM maya tambahan yang boleh membesarkan lagi RAM asal di dalamnya. Ketiga-tiga telefon ini mempunyai RAM fizikal 8GB, namun ia boleh dibesarkan lagi dengan RAM maya sebanyak 8GB, menjadikan jumlah RAM keseluruhan kepada 16GB.

    RAM dalam Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G boleh dibesarkan sebanyak 6GB lagi

    Kapasiti RAM besar ini akan memudahkan anda untuk menyunting video dengan lebih cepat dan tidak tersangkut-sangkut. Selain itu, anda juga boleh membuka lebih banyak aplikasi secara serentak dan telefon ini masih boleh membukanya dengan pantas.

    Khas untuk Galaxy A73 5G, ia dilengkapi sistem penyejukan yang terdiri daripada paip haba (heat pipe) dan kamar wap (vapour chamber), jadi ia boleh mengalirkan haba ke luar telefon dengan lebih cepat sewaktu anda membuka aplikasi berat seperti aplikasi suntingan video.

    Bateri besar untuk vlog sepanjang hari

    Kamera dalam telefon adalah antara komponen yang paling banyak menggunakan bateri, jadi anda perlukan bateri yang besar jika anda ingin merakam vlog sepanjang hari. Mujur sekali, Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G dilengkapi bateri besar yang sesuai untuk vlogger.

    Ketiga-tiga telefon ini dilengkapi bateri besar yang boleh bertahan lebih daripada sehari dengan yakin

    Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh bermaksud ia boleh bertahan sehingga dua hari jika ia digunakan secara biasa. Jika anda kerap mengaktifkan kamera untuk merakam vlog, pengecasan bateri yang penuh pasti boleh menyediakan tenaga yang cukup untuk penggunaan selama sehari lebih.

    Sewaktu baterinya habis pengecasan pula, tiga telefon ini menyokong kadar pengecasan pantas 25W, jadi anda boleh mengecas penuh bateri ini dalam masa lebih kurang sejam sahaja.

    Skrin yang boleh hasilkan warna cantik

    Galaxy A mempunyai skrin AMOLED yang bermaksud ia boleh menghasilkan warna yang sangat terang dan pekat untuk segala video yang anda tonton. Ia juga mempunyai kadar segar semula (refresh rate) yang pantas, jadi anda boleh akses sebarang aplikasi dan menggunakannya dengan sangat lancar.

    Skrin Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G boleh hasilkan warna yang sangat terang

    Galaxy A33 5G mempunyai skrin 6.4 inci dengan kadar 90Hz, Galaxy A53 5G mempunyai skrin 6.5 inci dengan kadar 120Hz, manakala Galaxy A73 5G mempunyai skrin 6.7 inci dengan kadar 120Hz.

    Siri Samsung Galaxy A kini boleh dibeli di kedai Samsung Experience Stores, Samsung Authorised Dealers dan laman web Samsung Malaysia Online Store. Jika anda membelinya sebelum 30 Jun 2022, anda boleh dapatkan diskaun 20 peratus untuk pelan perlindungan Samsung Care+ Accidental & Liquid Breakage Or Breakdown Plan selama dua tahun. Selain itu, anda juga boleh nikmati penjimatan lanjut sehingga RM150 jika anda menukar (trade-in) telefon lama anda.

    Beritahu kami di Facebook siri Galaxy A manakah yang menjadi idaman anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Blackview Hero 10 mungkin jadi telefon boleh lipat paling murah di dunia

    nubia Flip 5G yang dilancarkan awal bulan ini dengan harga RM2,499 merupakan telefon boleh lipat paling murah dalam pasaran. Namun, itu tidak...

    Maybank bakal gantikan pemberitahuan SMS kepada pop timbul aplikasi bermula 22 April ini

    Maybank mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan dasar pemberitahuan baharu mulai 22 April 2024 dan akan menggunakan pemberitahuan pop timbul aplikasi (APP) untuk...

    Polis: Orang ramai diingatkan berwaspada tentang kecurian data menggunakan kod QR

    Polis memberi amaran kepada orang ramai tentang strategi pancingan data baharu di mana penipu menyampaikan hadiah seperti botol air dengan kod QR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured