More

    Kipas tangan tanpa bilah Xiaomi dengan bateri 2000mAh hanya berharga ~RM23

    Terkini, terdapat sumber yang melaporkan Xiaomi mengeluarkan kipas tangan tanpa bilah di pasaran China (tiada nama rasmi untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu). Sebelum ini, mungkin kita terbiasa mendengar kipas tanpa bilah berdiri untuk kegunaan di ruang tertentu, namun Xiaomi kini hadir dengan teknologi berpatutan baharunya.

    Melihat kepada gambar, reka bentuknya agak menarik! Ia dilengkapi 7 aerofil di bahagian bawah untuk aliran udara tinggi. Aliran udara tersebut akan dipindahkan ke bahagian atas yang kemudiannya membekalkan angin yang berkelajuan 7.5m/s untuk anda. Apa pun, anda boleh mengubah suai kelajuan pada 3 tahap.

    Di samping itu, kipas tangan tanpa bilah Xiaomi ini juga dikatakan kurang berbunyi. Ini adalah hasil daripada reka bentuknya yang mampu mengurangkan konsumsi kuasa motor dan mengurangkan bunyi bising. Kadar operasi bunyi kipas ialah 55dB yang mana agak senyap menurut pandangan kami.

    Kipas ini mempunyai bateri 2000mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam. Ukuran 195.5 x 69 x 57.5 mm boleh memuatkan kipas ini dalam bag tangan anda! Harga pasaran yang diperkenalkan sebenarnya adalah 69 Yuan (RM41), tetapi bidaan orang ramai telah menurunkannya pada harga 39 Yuan (~RM23). Anda boleh melihatnya melalui laman web rasmi Xiaomi Youpin.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: my.drivers

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured