More

    KKD akan umum berita baik untuk pelanggan telko prabayar pada 17 April 2023

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata beliau akan mengumumkan sebuah berita baik untuk para pelanggan telekomunikasi prabayar pada hari Isnin, 17 April 2023 (esok).

    Buat masa ini, beliau masih belum menjelaskan perkara yang akan diumum itu kerana pihaknya masih berunding dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama. Memandangkan tarikh tersebut sangat hampir dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, berita ini mungkin melibatkan diskaun atu promosi berkaitan musim perayaan.

    Pada tahun-tahun sebelum ini, menteri yang berkaitan dengan portfolio Fahmi Fadzil pernah memperkenalkan panggilan telefon percuma sewaktu Hari Raya Aidilfitri, jadi berita pada hari Isnin ini mungkin akan membawa pengumuman yang serupa.

    Kongsi ramalan anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured