More

    KKD: Anda digalakkan hantar gajet lama atau rosak ke pusat pengumpulan e-sisa MCMC untuk kitar semula

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata orang ramai boleh menghantar gajet yang lama atau rosak ke pusat-pusat pengumpulan e-sisa oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya ia boleh dikitar semula atau dilupuskan dengan proses yang betul.

    KKD melalui MCMC ingin menggiatkan inisiatif hijau melalui program KITAR yang mengumpul dan mengitar semula gajet lama untuk mengurangkan jejak karbon daripada 364 juta e-sisa yang dihasilkan dalam Malaysia pada setiap tahun. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuang gajet lama secara sebarangan atau ke dalam tong sampah.

    Setiap e-sisa yang dihantar ke pusat MCMC akan dihantar ke kontraktor yang mempunyai kepakaran untuk mengekstrak elemen yang boleh dipakai semula atau membuangnya menerusi prosedur yang sudah ditetapkan bagi mengurangkan jumlah e-sisa.

    Memandangkan lebih ramai individu memiliki sekurang-kurangnya dua peranti seperti komputer riba dan telefon pintar, beliau berkata ini telah meningkatkan jumlah e-sisa dan menasihatkan orang ramai untuk melupuskan peranti lama dengan lebih cermat.

    Untuk mengetahui di manakah pusat pengumpulan e-sisa yang terdekat, anda layari laman web KITAR MCMC dan pilih salah satu daripada 126 lokasi dalam seluruh negara yang sudah ditetapkan oleh MCMC.

    Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured