More

    KKD: Isu rangkaian internet akan diselesaikan menjelang Jun

    Isu capaian internet khususnya di kawasan luar bandar akan diselesaikan menjelang Jun, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil. Beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi itu bagi mengenal pasti dan mencari penyelesaian.

    Fahmi berkata, perkara berkaitan capaian internet boleh diselesaikan hampir sepenuhnya sekiranya syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi. Fahmi mengingatkan SKMM jika boleh masalah perkongsian rangkaian dan kualiti akses internet akan diselesaikan menjelang Jun.

    Beliau telah berbincang dengan syarikat telekomunikasi sebelum ini dan mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama. Mungkin syarikat telekomunikasi memerlukan sedikit masa untuk berbincang sesama mereka. Bagaimanapun, Fahmi berkata capaian internet tidak boleh hanya diukur dengan bilangan menara telekomunikasi di mana-mana satu kawasan sahaja.

    Ia juga perlu dilihat berdasarkan keadaan dan geografi lokasi terutamanya 3% kawasan berpenduduk yang masih tidak mempunyai liputan internet. Oleh itu, beliau akan berusaha untuk capaian jalur lebar wayarles yang akan menggunakan teknologi seperti satelit. Mungkin, kita akan melihat Wide Space TV dan beberapa teknologi lain yang akan membantu menyediakan akses.

    Beliau juga berkata kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah digubal suatu ketika dahulu bagi mengikuti perkembangan digital semasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured