More

    KKD: Kerajaan akan bentangkan RUU Keselamatan Siber pada hujung 2023

    Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang Keselamatan Siber di Parlimen pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Ini adalah untuk menguatkan lagi infrastruktur keselamatan siber negara dengan teknologi yang membangun dalam Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) pengkomputeran awanan (cloud computing).

    Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu merasmikan acara Cyber Digital Services, Defence & Security Asia (CyberDSA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula hari ini.

    Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang menyiapkan draf rang undang-undang tersebut, yang membawa pelbagai agensi kerajaan dan rakan-rakan industri untuk melindungi negara daripada ancaman-ancaman siber.

    Tambahan lagi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan diperkukuhkan sebagai pihak rasmi yang akan menguat kuasakan perlindungan data peribadi dalam industri dan transaksi komersial, seperti yang dinyatakan dalam pembaharuan pada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

    NACSA juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi menguatkan polisi kriptografi negara, seiring dengan perkembangan semasa.

    Selain itu, beliau turut menyatakan bahwa negara mengalami kekurangan dalam tenaga kerja untuk industri keselamatan siber. Malaysia kini hanya mempunyai 15,248 pekerja mahir dalam industri ini, jauh daripada 27,000 pekerja yang disasarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan CyberSecurity Malaysia pada hujung 2025.

    Oleh yang demikian, kerajaan akan menyediakan sokongan dan haluan untuk pendidikan keselamatan siber bagi menangani masalah tersebut. Ini termasuklah menyediakan pengiktirafan Global Accreditation Cybersecurity Education Certification Scheme (Global ACE), CyberGuru dan Cyber Range Consortium oleh CyberSecurity Malaysia.

    Semua pengiktirafan ini akan disediakan dengan kerjasama institut pengajian tinggi untuk memberikan kurikulum keselamatan siber yang lengkap serta simulasi yang realistik.

    "
    "

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Content Forum (CMCF) dan CyberSecurity Malaysia juga akan terus mendidik masyarakat tentang keselamatan dan privasi siber. Mereka menggalakkan orang awam untuk mengamalkan penggunaan siber yang sihat seperti sentiasa mengemas kini perisian, menetapkan kata laluan yang kukuh serta penyahihan dua faktor dalam sektor awam dan swasta.

    Acara CyberDSA akan berlangsung sehingga 17 Ogos 2023 dan ia turut dibuka kepada orang awam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured