More

    KKD: Kerajaan akan teliti kewajaran tentang pengharaman jualan produk dalam TikTok

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata kerajaan sedang meneliti tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Indonesia berkenaan pengharaman transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok. Ini adalah untuk lihat sama ada langkah yang serupa perlu diambil dalam Malaysia.

    Sebelum ini, beliau pernah menerima aduan daripada rakyat tempatan sama ada kerajaan Malaysia akan turut mengambil langkah serupa seperti Indonesia. Pada masa yang sama, beberapa gedung besar juga membangkitkan isu berkaitan persaingan harga yang tidak munasabah terhadap produk-produk yang dijual dalam TikTok Shop.

    Berikutan isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk di Indonesia, ramai pengusaha tempatan negara itu rasa terjejas daripada TikTok. Oleh yang demikian, beliau meminta pihak TikTok untuk tampil memberi penjelasan berikutan isu tersebut di Indonesia.

    Dalam pada itu, beliau turut menyatakan TikTok perlu memberi penjelasan tentang isu perlindungan data peribadi sewaktu para pengguna membeli-belah dalam platform tersebut, isu penularan maklumat palsu serta isu pengiklanan yang semakin meninggalkan media massa dan mengutamakan media sosial.

    Selain itu, jumlah wakil TikTok yang sedikit di Malaysia juga sering menyebabkan tindak balas yang lembap daripada TikTok kepada kerajaan Malaysia dan beliau tidak berpuas hati dengan situasi ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured