More

    KKD: Kerajaan perkenalkan harga lebih rendah untuk perkhidmatan internet jalur lebar

    Bermula 1 Mac 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (Mandatory Standard on Access Pricing, MSAP) yang baharu di mana harga perkhidmatan jalur lebar telah direndahkan berbanding MSAP sebelumnya.

    Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, beliau memberi contoh di mana harga untuk perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps kini telah direndahkan kepada RM254.64 daripada RM515 berdasarkan MSAP sebelum ini.

    Ia bukan sahaja mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan, malah perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna di peringkat runcit (retail) boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing.

    MSAP telah diperkenalkan oleh SKMM sejak 2018 bagi mengawal selia harga capaian di peringkat borong (wholesale) oleh pemberi perkhidmatan. MSAP baharu yang berkuat kuasa bermula 1 Mac 2023 telah menetapkan harga capaian maksimum bagi 14 kemudahan dan perkhidmatan yang disenaraikan untuk tempoh sehingga 2025.

    Fahmi juga berkata MSAP baharu ini akan menyebabkan sedikit kerugian pada Telekom Malaysia (TM) pada tahun pertama pelaksanaannya, namun syarikat itu akan meraih keuntungan pada tahun-tahun seterusnya. Ini adalah berdasarkan rekod kewangan TM sejak MSAP diperkenalkan pada 2018.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured