More

    KKD: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di Johor telah dibaik pulih

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mendedahkan lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi telah terjejas akibat banjir di Johor Bahru. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, keadaan itu berlaku mulai 12 Mac 2023 dan ia telahpun dibaik pulih.

    Menurut sumber, Menteri KKD mengesahkan hanya menara telko di Batu Pahat yang masih belum dibaiki berikutan paras air yang masih tinggi. Beliau seterusnya menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti beberapa menara telekomunikasi yang terdedah kepada banjir di Johor untuk proses meningkatkan tapak. 

    Ini untuk membantu dan memudahkan mangsa atau kakitangan yang berkenaan pada masa hadapan semasa banjir. Fahmi juga berkata, sebelum ini proses seumpama itu telah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu yang sering dilanda banjir. 

    Selain itu, Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching juga meminta syarikat telekomunikasi menambah baik perlindungan menara mereka supaya perkhidmatan tidak terganggu semasa banjir.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  Bernama

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured