More

    KKD: Liputan rangkaian 5G di Sabah sudah capai hampir 50%, liputan 4G lebih 90%

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata liputan telekomunikasi 5G di Sabah sudah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 September 2023. Liputan itu dihasilkan daripada 401 tapak 5G yang sudah disiapkan dalam Sabah, manakala baki 221 tapak masih dalam proses pembinaan.

    Untuk liputan jalur lebar mudah alih 4G pula, Sabah sudah mencapai lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 43.76Mbps setakat suku kedua 2023. Sebanyak 4,229 daripada 4,281 stesen pemancar 4G di Sabah sudah disiapkan, manakala baki 52 stesen masih dalam pelaksanaan.

    Berkenaan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah, beliau berkata setakat ini 186 daripada 631 menara telekomunikasi baharu sudah disiapkan, manakala 445 lagi menara masih dalam peringkat pelaksanaan. Beliau menyifatkan kemajuan ini sebagai memberangsangkan.

    Beliau melaporkan statistik ini sewaktu berucap pada program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Lohan, Ranau, Sabah. Program ini bertujuan untuk membudayakan elemen pendigitalan dan pendidikan dalam menyebarkan maklumat mengenai bantuan dan perkhidmatan e-dagang yang disediakan oleh rakan strategik, terutamanya untuk masyarakat luar bandar.

    Sebanyak 118 PEDi telah dibangunkan dalam Sabah dan 14 lagi PEDi akan didirikan dalam masa hadapan.

    Pada awal bulan ini, beliau melaporkan bahawa 70.2 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia kini diliputi rangkaian 5G dan dijangka akan mencapai 80 peratus pada akhir 2023.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured