More

    KKD: Liputan rangkaian 5G kebangsaan sudah capai 73%, sasarkan 80% pada hujung 2023

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil berkata kadar liputan untuk rangkaian internet berkelajuan tinggi 5G di Malaysia kini sudah mencapai 73 peratus dan beliau yakin bahawa sasaran 80 peratus pada hujung tahun ini masih boleh dicapai.

    Beliau memperolehi peratusan tersebut daripada Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab membina dan mempercepatkan infrastruktur 5G kebangsaan. Dalam mencapai baki sasaran tujuh peratus itu, DNB berkata mereka mengalami beberapa masalah seperti tanah yang perlu diselaras dengan pihak berkuasa tempatan.

    Bagi menangani masalah tersebut, beliau meminta pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din untuk bertemu dengan pihak berkaitan. Beliau mengatakan pembinaan 5G adalah inisiatif nasional untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan dalam negara.

    Walaupun dengan liputan seluas 73 peratus, kadar penerimagunaan 5G dalam kalangan penduduk masih agak rendah iaitu sekitar 9.1 peratus sahaja. Ini adalah peningkatan daripada 7.4 peratus pada Oktober lepas.

    Ini adalah kenyataan terbaru oleh beliau berkenaan kadar liputan rangkaian 5G dalam Malaysia, selepas beliau melaporkan bahawa ia telah mencapai 70.2 peratus pada awal bulan lalu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured