More

    KKD sedang bincang dengan syarikat telko untuk turunkan harga perkhidmatan

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengkaji kemungkinan menurunkan harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan. Berkemungkin dalam beberapa minggu akan datang, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan membuat pengumuman khas mengenai hasil perbincangan ini.

    Fahmi berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi menjalankan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat untuk perkhidmatan telekomunikasi yang lebih murah. Beliau berkata bahawa perbincangan sedang dilakukan dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk meneroka cara mengurangkan kos.

    Fahmi juga berkata beliau sedang mengkaji cara terbaik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyelesaikan isu mengenai jangkauan rangkaian 4G serta 5G di kawasan tertentu di negara ini. Dalam hal lain, Fahmi mengingatkan pencipta kandungan di pelbagai platform media sosial supaya sentiasa menghormati undang-undang ketika melakukan kerja mereka.

    Sementara itu, ketika bercakap mengenai program ‘Face to Face’ di Traxx FM, Fahmi berkata pentadbiran baharu di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serius menangani isu keselamatan siber dan perlindungan data di negara ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured