More

    KKD: SKMM sekat 581 juta SMS yang meragukan sejak 2021

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat sekitar 581 juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meragu-ragukan, sejak 2021 hingga 31 Mei 2023.

    Pada masa yang sama, sebanyak 237,999 talian telefon mudah alih dan tetap yang menghantar mesej-mesej seperti itu telah ditamatkan perkhidmatannya. Secara teknikalnya, banyak perkara yang perlu diteliti sebelum membuat sekatan tersebut, seperti URL dalam perkhidmatan SMS yang hanya bertindak sebagai pengantaraan kepada sebuah portal atau aplikasi.

    Buat masa ini, tiada kaedah khusus yang boleh mengesahkan bahawa pautan yang disertakan dalam mesej SMS itu sahih atau tidak. Pautan itu selalunya menggunakan nama domain asing yang dihoskan di negara luar, jadi kerajaan Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti unsur phishing dalam pautan tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured