More

    KKD: Syarikat telko Malaysia dikompaun RM7.47 juta sejak 2018 kerana perkhidmatan tidak memuaskan

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mendedahkan sebanyak 170 kompaun berjumlah RM7.47 juta telah dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi dan pemegang lesen kerana gagal memenuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan. Kompaun itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2018 hingga 2022.

    Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching menjelaskan bahawa 49 kompaun bernilai RM2.19 juta dikenakan kerana tidak mematuhi piawaian mandatori perkhidmatan mudah alih awam. Sementara itu, 59 kompaun bernilai RM2.69 juta adalah untuk ketidakpatuhan piawaian dalam perkhidmatan jalur lebar talian wayar dan 62 kompaun lain bernilai RM2.59 juta adalah ketidakpatuhan piawaian untuk perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.

    Menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Kota Belud di Dewan Rakyat hari ini, Nie Ching turut mendedahkan Celcom Axiata Berhad didenda RM50,000 kerana gagal mematuhi standard kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di Sabah . Lebih-lebih lagi, Timbalan Menteri KKD menegaskan maklum balas dan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan rangkaian telekom boleh dibuat melalui portal aduan SKMM di sini.

    Selain itu, Nie Ching menegaskan SKMM mengeluarkan 29 arahan kepada penyedia perkhidmatan yang gagal mematuhi piawaian mandatori di 29 bandar berbeza di Sabah. Sehingga 9 November tahun lalu, kesemua 29 arahan telah dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan masing-masing.

    Timbalan Menteri KKD itu menegaskan semakan kualiti perkhidmatan akan diteruskan pada tahun ini dengan sasaran 4000 tapak di seluruh negara. Ini termasuk 225 tapak di Sabah bagi memastikan standard mandatori akan terus menambah baik isu rangkaian jalur lebar, terutamanya di kawasan luar bandar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  Bernama

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured