More

    KKD telah agihkan 381,251 tablet di bawah bantuan PerantiSiswa

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata sebanyak 381,251 tablet telah diagihkan kepada para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara di bawah program bantuan PerantiSiswa.

    Kiraan itu berdasarkan jumlah peranti yang diberikan sejak September 2022. Bantuan itu dihasilkan bagi membantu para pelajar dan mahasiswa dalam melengkapkan pengajian mereka, terutamanya untuk pelajar yang datang dari golongan B40.

    Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kempen Saya Digital di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan. Kempen tersebut bertujuan untuk mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital untuk memperkasakan ekonomi digital terutamanya untuk golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosioekonomi, pelajar dan usahawan.

    Setakat ini, program eUsahawan “Saya Digital Bisnes” merupakan satu daripada teras Kempen Saya Digital dan berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul melebihi RM1.1 bilion.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured