More

    KKD: Tingkatkan kelajuan internet dan 33,540 tablet PerantiSiswa diedarkan sejak 17 Februari 2023

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengatakan bahawa kerajaan akan terus berusaha menpercepatkan dan meningkatkan kelajuan internet di Malaysia. Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan untuk kemudahan penduduk di luar bandar dan pedalaman. 

    Usaha yang dijalankan termasuklah peningkatan kapasiti rangkaian telekomunikasi, keupayaan infrastruktur sedia ada dan pembinaan menara telekomunikasi baharu. Buat masa ini, kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk masih tidak mempunyai capaian internet.

    Kerajaan mendedahkan sebanyak 33,540 tablet di bawah inisiatif PerantiSiswa telah diedarkan melalui pusat pengedaran berpusat di seluruh negara dalam tempoh hanya tiga minggu. Menterinya menjelaskan bahawa pusat itu telah diaktifkan pada 17 Februari 2023 untuk mempercepatkan pelancaran peranti itu kepada pelajar yang layak.

    Fahmi menegaskan masih terdapat 9,000 peranti masih belum diedarkan yang dijangka siap tidak lama lagi. Secara keseluruhan, inisiatif PerantiSiswa menerima 474,311 permohonan setakat 15 April 2022.

    Daripada jumlah itu, 105,508 pemohon ditolak tetapi saringan kedua mendapati 23,394 memenuhi syarat untuk menerima tablet tersebut. Selain itu, Menteri KKD mendedahkan inisiatif itu melibatkan RM450 juta dan telah memanfaatkan 359,742 pelajar institusi pengajian tinggi daripada isi rumah B40.

    Pelbagai cara yang diambil untuk memastikan golongan B40 mendapat bantuan sewajarnya. Adakah anda mempunyai cadangan lain? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...