Selain menggunakan ujian calitan untuk saringan COVID-19, sumber melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan ujian saringan COVID-19 melalui sampel air liur sahaja.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba, kaedah persampelan air liur (deep throat saliva) ini bakal dilaksana di beberapa hospital kerajaan dalam waktu terdekat. Kaedah ini dikatakan lebih selamat dan tidak invasif berbanding kaedah nasofarinks dan orofarinks (ujian calitan hidung dan mulut).
Tambah beliau, kaedah ini sesuai untuk ujian Tindak Balas Balikan Rantai Polimerase Balikan Masa Nyata (rRT-PCR). Walau bagaimanapun, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) masih sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTK Ag).

Kaedah persampelan air liur ini boleh dilakukan sendiri di rumah, kemudian sampel boleh diserahkan kepada pihak berkenaan untuk diuji. Kedah ini telah digunakan di beberapa negara dan saringan akan lebih cepat.
Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Kosmo






