More

    KKM perkenalkan laman web protokol COVID-19 untuk individu keluar masuk negara

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan sebuah portal baharu yang akan menggariskan panduan dan protokol kepada semua individu yang memasuki negara bermula 1 April 2022 ini.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata portal tersebut akan dikemas kini untuk kegunaan pengembara dan warganegara yang memasuki pintu sempadan. Beliau juga memberikan contoh protokol, seperti individu yang menjalani kuarantin sebelum 1 April 2022, perintah kuarantin beliau akan tamat pada 1 April 2022.

    Contoh protokol lain termasuklah untuk kanak-kanak dan remaja berumur 17 tahun ke bawah, mereka tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu lakukan ujian kit pantas COVID-19 (RTK) antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia. Protokol ini layak untuk semua kanak-kanak dan remaja berumur 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.

    Buat para individu yang belum mendapat vaksinasi lengkap pula, mereka perlu menjalani kuarantin selama lima hari selepas ketibaan di Malaysia. Selepas kuarantin, mereka perlu akur dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, seperti tidak boleh makan di restoran kerana belum menerima vaksin lengkap.

    Jika individu itu tidak boleh menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, beliau perlu memuat naik bukti pengecualian yang diberikan oleh pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.

    Dalam pada itu, semua warga asing yang ingin memasuki Malaysia perlu memuat turun aplikasi MySejahtera sebelum memasuki sempadan negara. Sebelum penerbangan, beliau perlu mengambil ujian RT-PCR selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh penerbangan. Jika beliau pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari sebelum penerbangan, beliau perlu mengambil ujian RTK-Ag profesional selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh penerbangan.

    Laman web protokol COVID-19 KKM itu boleh diakses di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan selalu merujuk protokol ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Kosmo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured