More

    Permohonan temu janji dalam talian untuk 112 klinik kerajaan hadapi isu teknikal sehingga 20 Julai 2022

    Sistem Janji Temu Klinik merupakan inisiatif kerjasama antara MAMPU (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendigitalkan perkhidmatan kesihatan dan pergigian di negara ini. Namun, KKM mengumumkan bahawa Sistem Janji Temu Klinik (SJTK) dalam talian kini menghadapi masalah teknikal. 

    Usaha dijalankan untuk membaiki isu tersebut dan sebanyak 112 klinik kerajaan terjejas akibat isu teknikal ini. Sistem dijangka kembali normal pada selepas 20 Julai 2022. Klinik kerajaan yang terjejas terletak di tujuh negeri di Malaysia termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

    KKM menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat temujanji dengan menghubungi terus klinik kesihatan masing-masing. Senarai dan nombor telefon klinik kerajaan Malaysia boleh didapati melalui pautan ini.

    Perkhidmatan tersebut boleh diakses melalui Portal MyGovernment atau melalui aplikasi mudah alih Sistem Janji Temu Klinik KKM yang terdapat di Google Play Store dan Apple App Store. Rakyat dan bukan warganegara Malaysia yang menetap di negara ini boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menempah temujanji bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan secara dalam talian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...