More

    KKMM jelas maksud sebenar kenyataan tentang permohonan lesen media sosial FINAS

    Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan mengenai semua penerbit filem harus memohon lesen FINAS walaupun untuk kandungan media sosial. Terkini, beliau telah mengeluarkan kenyataan media terbaru untuk menjelaskan mengenai isu ini.

    Pernyataan sebelum ini yang mengatakan bahawa semua penerbitan filem sama ada daripada agensi media atau penerbitan media individu harus memohon lesen sebelum memulakan penggambaran telah tular di serata media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet. Reaksi ini termasuklah reaksi tidak berpuas hati memandangkan kelahiran pencipta kandungan media sosial yang sudah ramai di Malaysia.

    Dalam menjelaskan kenyataan tersebut melalui kenyataan media terbaru yang disiarkan, KKMM sedang menilai semula undang-undang di bawah pengawasannya. Kenyataan terdahulu mengenai semua perlu memohon lesen dikatakan hanya penerangan undang-undang yang sedia ada.

    Pihak kementerian sudah sedia maklum tentang kewujudan pelbagai laman media sosial terkini dan tidak berniat untuk menggunakan undang-undang sedia ada [Akta 244] untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

    Melalui kenyataan media terbaru ini juga, KKMM membuka usul cadangan dalam memperbaiki Akta dan undang-undang dalam pengawasan KKMM agar ianya bersesuaian dengan kehendak masa kini.

    Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: KKMM

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured