More

    KLIA perkenalkan sensor 3D baharu, kurangkan masa beratur waktu pendaftaran masuk

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini sedang menggunakan teknologi Sistem Pengurusan Barisan Automatik (AQMS) yang memperkenalkan sensor 3D bagi mengurangkan masa menunggu buat penumpang sewaktu pendaftaran masuk ke dalam penerbangan. Malaysia Airports berharap masa menunggu akan dikurangkan ke bawah 10 minit.

    Teknologi itu akan memanfaatkan infrastruktur Internet Pelbagai Perkara (IoT) dalam mengira jumlah penumpang di ruang tertentu, memantau kesesakan secara proaktif dan menjadi langkah pencegahan terbaru dalam mengurangkan penularan COVID-19.

    Setakat ini, fasa pertama AQMS telah pun disiapkan dalam semua pusat pemeriksaan saringan keselamatan. Pihak Malaysia Airports merancang untuk memasangnya di semua titik sentuhan kritikan, kaunter daftar masuk, imigresen dan kastam pada Jun depan. Data AQMS juga akan diintegrasikan ke dalam Skrin Paparan Maklumat Penerbangan dan aplikasi MYAirports untuk memudahkan penumpang merancang perjalanan mereka.

    AQMS menggunakan sensor 3D yang boleh memantau perubahan suhu, pencahayaan serta tempoh menunggu dan beratur yang panjang. Teknologi ini merupakan sebahagian daripada matlamat Lapangan Terbang 4.0 yang diperkenalkan oleh Malaysia Airports bagi memudahkan perjalanan penumpang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured