More

    “Klik dengan bijak, tidak pasti, jangan kongsi” – Menteri Komunikasi dan Multimedia

    Sempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) pada hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan rakyat agar kekal berwaspada dan bertanggungjawab dalam menggunakan kemudahan internet.

    Dalam sebuah ucapan yang dimuat naik ke YouTube, beliau berharap agar rakyat Malaysia tidak akan menjadi mangsa penipuan dan buli siber, serta tidak menyebarkan berita palsu yang mampu menjejaskan keharmonian negara.

    Beliau juga mengatakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk memperkasakan infrastruktur telekomunikasi negara.

    WTISD telah ditetapkan pada setiap 17 Mei oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran terhadap kemajuan dan kemunculan trend ICT sebagai pemangkin pembangunan pintar, alam sekitar dan sosioekonomi.

    TechNave berharap agar pembaca kami mengamalkan langkah-langkah selamat setiap kali anda melayari internet. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured