More

    Klip tular G1: Mengapa peniruan gerakan masa nyata boleh menjadi bahaya

    Satu sesi latihan melibatkan robot humanoid Unitree G1 menjadi tular kerana ‘kesalahan’ manusia dan lucu. Klip ini, yang pertama kali dimuat naik di Bilibili China pada Disember lalu menunjukkan seorang jurulatih manusia mengawal G1 menggunakan sut tangkapan gerakan (motion-capture).

    Dengan kelengkapan ini, robot boleh meniru setiap pergerakan jurulatih secara masa nyata yang merupakan satu kaedah biasa digunakan untuk mengajar robot humanoid melakukan aksi kompleks. Pada mulanya, semua berjalan lancar dengan jurulatih melakukan beberapa tumbukan dan tendangan manakala G1 pula akan menirunya tanpa masalah.

    Namun, perkara yang tidak diingini berlaku apabila robot itu nampaknya salah mengira putaran dan menendang terus ke bahagian sulit jurulatih. Jurulatih terus membongkok, memegang dirinya sebelum jatuh berlutut. Beberapa saat kemudian, robot meniru posisi yang sama seolah-olah turut merasai kesakitan yang menjadikan klip ini popular sebagai meme di media sosial.

    Terdahulu, robot humanoid ini pernah ditunjukkan bermain ping pong, menembak bola keranjang dan melakukan rutin seni mempertahankan diri. Namun, insiden ini menonjolkan salah satu risiko teleoperasi jarak dekat di mana kesilapan kecil dalam masa atau pergerakan boleh menyebabkan hasil yang tidak dijangka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured