More

    Kolaborasi PayNet dan Shopee – DuitNow membolehkan anda memindahkan wang di antara ShopeePay dan akaun bank

    Terkini, kolaborasi baru di antara Payments Network Malaysia (PayNet) dan Shopee membawa berita gembira untuk pengguna. ShopeePay kini menjadi e-Dompet pertama yang menyertai ekosistem DuitNow.

    Melalui kolaborasi ini, pelanggan dapat memindahkan wang dengan kadar yang segera di antara ShopeePay dan akaun bank, termasuklah 5 e-Dompet lain yang turut serta. Fasa kedua DuitNow yang dijangkakan pada separuh kedua tahun 2020 bakal memudahkan urusan pembayaran seperti permintaan untuk bayar (Request-to-Pay), debit segera (real-time debits), dan mandat dalam fail (consents on-file).

    Sepintas lalu, DuitNow merupakan medium yang membolehkan pelanggan bank dan e-Dompet untuk memindahkan wang dengan segera dan selamat pada 24/7 melalui saluran perbankan atas talian dan aplikasi e-Dompet.

    Adakah anda pernah menggunakan ShoppePay atau DuitNow? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured