More

    Komponen dalaman PlayStation 5 dipaparkan, termasuk kipas besar, besi cecair & storan SSD 825GB

    Sony telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan pembukaan komponen-komponen dalaman konsol PlayStation 5. Antara yang menarik perhatian adalah sepasang kipas yang agak besar dengan garis pusat 120mm dan ketebalan 45mm untuk menyejukkan konsol tersebut.

    Selain itu, terdapat juga sebuah sinki haba (heatsink) yang agak besar dengan paip haba (heat pipe) yang boleh memberikan prestasi penyejukan seperti kamar wap (vapor chamber) seperti dalam Xbox Series X. Sony turut menunjukkan besi cecair (liquid metal) yang menjadi bahan pengalir haba (thermal interface material) di antara cipset AMD Ryzen Zen 2 dan sinki haba.

    Bahagian tepi PS5 juga boleh dibuka dengan mudah untuk menambahkan storan SSD luaran. Pengguna boleh menggunakan pemacu SSD PCIe 4.0 M.2 untuk menambahkan storan dalaman SSD PS5 yang berkapasiti 825GB. Terdapat juga dua buah lubang yang boleh divakumkan untuk membuang sebarang debu daripada komponen dalaman PS5.

    Di samping itu, video tersebut juga menunjukkan pemacu cakera Ultra HD Blu-Ray, antena Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1, memori GDDR6 16GB dan unit pembekal tenaga 350W.

    Apakah pendapat anda tentang komponen PS5 ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation blog

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured