More

    Komputer Mac akan dilengkapi pemproses daripada Apple sendiri bermula akhir tahun ini

    Sewaktu acara Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) awal hari ini, Apple mengumumkan bahawa syarikat itu akan mula melengkapkan komputer-komputer Mac mereka dengan pemproses Apple sendiri bermula akhir tahun ini. Keputusan ini akan membenarkan macOS untuk menyokong aplikasi iOS di dalam komputer itu.

    Dengan pemproses yang dibina oleh Apple sendiri, syarikat itu mengatakan ia boleh memberi prestasi yang lebih tinggi sambil menggunakan tenaga yang lebih rendah. Binaan berdasarkan ARM yang terdapat dalam produk Apple akan memudahkan pembina aplikasi untuk mengoptimakan aplikasi mereka dalam semua peranti Apple yang utama.

    Apple kini sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat lain bagi memastikan pemproses mereka boleh mengoperasi pelbagai perisian dengan baik seperti Adobe Lightroom dan Photoshop. Selain itu, Microsoft juga sedang mengemas kini produk Office seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk berfungsi dengan pemproses baharu daripada Apple itu.

    Walaupun ini bermakna Apple tidak akan menggunakan pemproses Intel pada masa hadapan, ia tidak akan berlaku secara mendadak. Apple masih merancang untuk mengeluarkan komputer Mac yang dilengkapi pemproses Intel dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer Mac yang dilengkapi pemproses daripada Apple sendiri dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured