More

    Komputer riba Acer Swift Edge 16 dilancar: AMD RyzenTM 7040 Series dan skrin OLED 3.2″ pada ~RM6,022

    Seperti biasa Acer sentiasa mengeluarkan komputer riba terbaharu untuk penggunanya. Acer kini melancarkan komputer riba Acer Swift Edge 16 (SFE16-43) yang diperbaharui dengan pemproses AMD RyzenTM 7040 Series dengan grafik AMD Radeon 780M dan AMD Ryzen AI.

    Swift Edge 16 mempamerkan paparan OLED 3.2K 16 inci dengan kadar penyegaran ditingkatkan 120Hz dan sokongan untuk gamut warna DCI-P3 100% untuk memberikan warna dan imej yang berkualiti. Ia menggunakan Windows 11, menawarkan Wi-Fi 7, Microsoft Pluton dan pelbagai ciri pintar supaya pengguna boleh terus berhubung dengan sambungan wayarles pantas dan memastikan data peribadi dilindungi.

    Acer Swift Edge 16 mempamerkan Casis aloi magnesium ultra nipis pada 12.95mm dan ringan pada 1.23 kg dengan kemasan hitam olivin yang anggun. Paparannya menampilkan nisbah kontras 1,000,000:1, kecerahan puncak 500 nits dan pensijilan VESA DisplayHDRTM True Black 500. Ia menawarkan warna kontras yang tepat dan tinggi serta diperakui oleh TÜV Rheinland Eyesafe kerana mengurangkan pendedahan cahaya biru untuk keselesaan tontonan yang panjang.

    Dengan pemproses keselamatan Microsoft Pluton, Switch Edge 16 membekalkan perlindungan tambahan untuk membantu daripada serangan canggih, manakala pengimbas cap jari yang menyokong Windows Hello membenarkan pengesahan biometrik pada PC Windows 11.

    Ia juga dilengkapi RAM LPDDR5 sehingga 32GB dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB untuk pemindahan data yang cepat, kependaman yang lebih rendah dan masa muat turun yang lebih pantas. Sistem penyejukan TwinAir pula memastikan peranti berjalan pada kelajuan penuh.

    Dengan sokongan untuk Window Studio Kesan, pengguna boleh menampilkan diri mereka dalam cahaya terbaik semasa panggilan video menggunakan kamera web QHD 1440p dengan pembingkaian automatik, pembetulan pandangan dan kabur latar belakang lanjutan. 

    Kamera web juga menampilkan Pengurangan Bunyi Temporal (TNR) Acer dan Acer PurifiedVoice dengan pengurangan hingar AI untuk memberikan pengalaman panggilan video yang tinggi. Ia juga termasuk papan kekunci bersaiz penuh dan pelbagai port sambungan penting; dua port USB Jenis-A, dua port USB 4 Jenis-C PD 65 W dengan pengecasan pantas dan keupayaan paparan, HDMI 2.1 dan pembaca kad SD Mikro.

    Swift Edge 16 (SFE16-43) akan disediakan di Amerika Utara dan EMEA pada bulan Julai ini bermula pada USD 1,299.99 (~RM6,022). Ketersediaannya di Malaysia akan diberitahu kelak.

    "
    "

    Ketahui lebih lanjut mengenai peranti yang ditawarkan oleh Acer di laman web rasminya di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...