More

    Komputer riba ‘gaming’ pertama Redmi bernama Redmi G dilancarkan 14 Ogos ini

    Setelah Xiaomi melancarkan beberapa produk sempena ulang tahunnya yang ke-10, sub-jenamanya Redmi kini merancang untuk melancarkan komputer riba gaming, Redmi G pada 14 Ogos 2020.

    Berita ini bukan lagi khabar angin memandangkan Redmi sendiri telah mengongsikan poster acahan Redmi G melalui laman carian popular China, Weibo. Poster acahan tersebut mendedahkan bahawa ianya bakal dilancarkan pada 14 Ogos ini di pasaran China.

    Anda juga boleh melihat paparan tanpa kamera web, dengan bezel yang nipis. Setakat ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa ia bakal dijana oleh Intel Core i5-10200H dan Intel Core-i5-10300H.

    Memandangkan ianya dari Redmi, mungkin kita boleh menjangkakan spesifikasi yang menarik, dengan penawaran harga yang berpatutan? Beritahu kami pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured