More

    Komputer riba Lenovo Yoga Book 9i, barisan LOQ dan Legion Pro 5i dilancar di Malaysia bermula RM3,699

    Hari ini, Lenovo melancarkan Lenovo Yoga Book 9i pada harga RM9,499, Lenovo LOQ pada harga RM3,699 dan Lenovo Legion Pro 5i pada harga RM7,299 di Malaysia. Pelanggan boleh menjadi antara yang pertama membeli peranti Lenovo baharu di Lenovo.com atau mana-mana kedai eksklusif Lenovo (LES) serta kedai rasmi di Lazada dan Shopee.

    Yoga Book 9i 13 inci generasi kelapan adalah komputer riba dwi skrin OLED bersaiz penuh pertama di dunia dengan berat bermula dari 1.34kg dan senipis 15.95mm. Pertama kali diumumkan pada CES 2023 dan memenangi lebih 50 anugerah sejak pelancaran. Ia berfungsi sebagai komputer riba dwi skrin, berbilang mod dan keupayaan hiburan yang unggul.

    Yoga Book 9i hadir dalam warna Tidal Teal sesuai untuk bekerja, mencipta, belajar, hingga berhibur kerana:

    • Teknologi Multimode+ membolehkan Yoga Book 9i mengambil apa sahaja bentuk, orientasi atau mod yang diperlukan oleh pencipta dengan sokongan Engsel bar bunyi 360 darjah.
    • Aksesori mudah alih yang mudah digabungkan dengan reka bentuk yang nipis dan ringan menawarkan fleksibiliti bersama pendiri Folio boleh lipat, papan kekunci Bluetooth dan Pen Digital 3
    • Dwi-paparan meningkatkan produktiviti dan menyokong permintaan pencipta untuk mudah melihat fail pada kedua-dua tetingkap secara serentak tanpa perlu membawa paparan tambahan
    • Paparan Lenovo PureSight OLED yang menyokong 100% ketepatan warna DCI-P3, membolehkan tontonan sempurna dan ultra lebar dengan peralihan warna atau kecerahan dan kehilangan kontras yang minimum

    Yoga Book 9i diperakui Neutral Karbon dengan reka bentuk penutup atas peranti diperbuat daripada 100% aluminium kitar semula manakala pembungkusannya juga adalah bebas plastik yang mengandungi 100% kertas kitar semula.

    Kemudian, barisan Lenovo LOQ baharu merangkumi ciri reka bentuk seperti takuk I/O belakang pada komputer ribanya dan ‘O’ yang digayakan bersama dalam logo kedua-dua jenama. Lenovo LOQ 16IRH8 berukuran 16 inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 16APH8 (berasaskan AMD) atau Lenovo LOQ 15IRH8 berukuran 15 inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 15APH8 (berasaskan AMD) berukuran 15 inci.

    Paparannya juga menyokong NVIDIA G-SYNC menghasilkan warna terang, kontras yang jelas dan kadar penyegaran pantas yang menjadikan setiap pergerakan dan tindakan terasa lancar. Ia dilengkapi dengan GPU NVIDIA, menampilkan suis MUX yang membolehkan GPU bersepadu dipintas melalui NVIDIA Advanced Optimus semasa sesi gaming.

    Apabila tidak bermain game, suis MUX membenarkan komputer riba menggunakan grafik bersepadu untuk mengoptimumkan hayat bateri. Selain itu, ia mempunyai bateri sehingga 80Whr untuk sehingga tujuh jam, manakala komputer riba Lenovo LOQ 15 inci mempunyai bateri 60Whr untuk sehingga enam jam. Semua komputer riba Lenovo LOQ menyokong Super Rapid Charge untuk pengecasan yang lebih pantas dan hayat bateri yang lebih lama.

    Alkhir sekali, terdapat Lenovo Legion Pro 5i 16 inci dengan pemproses Intel Core generasi ke-13 dan GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4070. Ia menggunakan sistem penyejukan ColdFront 5.0 Lenovo Legion untuk memastikan sesi gaming yang lancar. Cip Lenovo LA AI memantau beban CPU dan GPU untuk melaraskan pengurusan haba dan memberikan prestasi yag lebih baik.

    "
    "

    Tetapan cip Lenovo LA1 boleh diperhalusi melalui Lenovo Vantage untuk kawalan penuh, kawalan overclocking dan ciri-ciri lain yang diperlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya Kuasa Grafik Jumlah (TGP) 200W.

    Ia mempunyai teknologi paparan gaming Lenovo PureSight 16 inci pada 16:10 WQXGA dengan kadar penyegaran semula yang berubah-ubah sehingga 240Hz dan papan kekunci TrueStrike RGB 4-zon Lenovo Legion Spectrum. Papan kekunci TrueStrike juga disediakan dengan lampu latar putih.

    Lenovo Legion Pro 5 mempunyai bateri Super Rapid Charge Pro 80Whr yang mamput bertahan agak lama. Penutup atasnya adalah logam dan penutup bawah menggunakan polimer yang disediakan dalam warna Onyx Grey atau Abyss Blue.

    Mana satukah kompiuter riba yang anda pilih? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...