More

    Komputer riba realme akan mula dipasarkan bermula pertengahan 2021

    realme bukan lagi jenama yang asing dalam dunia teknologi kerana mereka telah pun memasarkan pelbagai jenis peranti berkualiti tinggi termasuklah telefon pintar, jam tangan pintar, fon telinga wayarles dan banyak lagi. Kini syarikat China itu dilaporkan akan menceburi industri komputer riba pula pada tahun ini.

    Maklumat tersebut dimaklumkan oleh pengkhabar berita teknologi Mukul Sharma. Memandangkan realme dan syarikat-syarikat berkait dengannya tidak mempunyai pengalaman dalam penghasilan komputer riba, besar kemungkinan realme akan melantik pengilang rekaan asli (original design manufacturers, ODM) untuk membuat komputer riba dan mereka akan memasarkan produk tersebut.

    Adakah anda berminat dengan sebuah komputer riba yang dibuat oleh realme? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured