More

    Konsol ‘Made in Malaysia’ bernama Playdate akan mula dijual awal tahun 2021, berharga ~RM619

    Anda mungkin sudah mengenali Playdate atau ini mungkin pertama kali anda mendengar namanya. Konsol gaming tangan Playdate ini sudah diperkenalkan, namun ia dahulunya dijangka tersedia dijual pada hujung tahun ini. Terkini, Playdate mengumumkan bahawa ia bakal tersedia dijual pada awal tahun 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang menganggu tarikh awal penghantaran penjualan konsol ini.

    Berdasarkan gambar pada belakang peranti, paparan Made in Malaysia memberi maklumat bahawa ianya adalah buatan Malaysia. Apa pun, sistem dan kesemua perisian game ini dibangunkan oleh Panic. Panic ialah syarikat pembangun perisian dan game.

    Sepintas lalu, Playdate menawarkan sistem game yang boleh dibawa ke mana sahaja. Seperti game dahulu, ia hadir dengan skrin hitam putih LCD Sharp 2.7 inci, bersama kawalan dan perisian game yang unik menjadikan ianya lain dari yang lain. Sekali pandang, ia seperti Game Boy, tetapi tanpa garisan, tidak kabur, skrin yang jelas dan resolusi yang lebih baik.

    Buatan Malaysia terpapar di belakang konsol

    Terdapat juga kawalan unik seperti pemutar di sisi konsol yang dijadikan sebagai salah satu gerakan untuk permainan dalam konsol ini. Ketahui dengan lebih lanjut di laman rasmi Playdate.

    Sehingga kini, Playdate dinyatakan berharga $149 (~RM619) melalui laman rasminya. Apa pun, kami tidak pasti tarikh rasminya hadir di pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan game ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playdate

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured